Penafian
Penafian & Maklumat Servis
01
Penyedia Servis Bebas (Independent Service Provider)
KSF Sejuk & Basuh Enterprise adalah penyedia perkhidmatan pembaikan bebas dan bukan pusat servis rasmi atau wakil sah bagi mana-mana pengeluar atau jenama barangan elektrik (seperti Samsung, LG, Panasonic, Sharp, Toshiba, Hitachi dan lain-lain). Semua tanda dagangan dan logo jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan disebut di laman ini semata-mata untuk tujuan rujukan keserasian servis.
02
Caj Pemeriksaan & Pengangkutan
Caj pemeriksaan dan pengangkutan minima dikenakan sekiranya juruteknik telah hadir memeriksa punca kerosakan di lokasi tetapi pelanggan memilih untuk tidak meneruskan pembaikan. Anggaran kos penuh alat ganti dan upah akan dimaklumkan untuk persetujuan anda terlebih dahulu sebelum sebarang kerja dijalankan.
03
Waranti Pembaikan
Waranti hanya merangkumi bahagian alat ganti yang diganti dan kerosakan yang sama, dalam tempoh jaminan yang dipersetujui dan tercatat pada resit atau invois rasmi. Kerosakan baharu atau kerosakan disebabkan faktor luar (bekalan air, bekalan elektrik, penggunaan yang tidak wajar) tidak tertakluk kepada waranti ini.
Ada soalan tentang caj atau waranti?
WhatsApp gambar atau video kerosakan dan kami terangkan anggaran serta terma dahulu sebelum juruteknik datang.
KSF Sejuk & Basuh Enterprise · 013-769 2770